Gincu Gel Semi-Matte adalah gincu liputan penuh yang pertama dikeluarkan oleh Mary Kay dengan menggunakan teknologi mikrosfera gel terkini untuk mencipta warna kaya yang menawan, tahan lama sehingga beberapa jam tanpa mengeringkan bibir atau tampak kering.
Dengan warna yang kaya ini, anda boleh mendefinisikan bibirmu ke tahap yang lebih mengiurkan . Rangkaian gincu ini telah menyediakan beberapa rona yang menawan untuk menyesuaikan 'mood' anda ataupun pada dengan gaya pemakaian anda.
Anda pastinya akan cintai rona-rona gincu ini! Formula gel yang ringan ini dapat dioles dengan lancar dan memenuhi bibir, meninggalkan bibirmu berasa lembut. Tambahan pula, ia dirumus untuk menawarkan kesan fokus lembut, dengan fungsi peningkatan optikal ia dapat mengaburi tampilan kecelaan kecil pada bibir dan menyerlahkan kecantikan bibir.
Selain itu, rekaan gincu ini mempunyai satu 'tingkap' lut sinar pada penutup bekas gincu untuk memudahkan pencarian rona gincu, terutamanya apabila anda menyimpan gincu tersebut di dalam beg atau meja mekap yang berselerak.
Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick dapat dioles dengan lancar seperti sutera, pemakaian yang membalutkan bibirmu dalam keselesaan seperti baldu.
SAINS DI SEBALIK PRODUK:
Warna Menawan Dan Mudah Dioles – Pigmen kecil yang dapat terap pada bibir selama 24 jam menawarkan warna yang kelihantan licin dan mempersonakan pada bibir. Asas bagi gincu gel ini adalah dalam warna lut sinar, oleh itu ia dapat menawarkan penepuan warna yang kaya. Tambahan pula, pigmen pada permukaan gincu ini khas dibalut dan ditransformasi kepada format gel untuk menawarkan pengolesan yang lancar.
Warna Tahan Lama – Dengan penggunaan “Teknologi Cushion Matrix” terkini, gincu ini mengandungi mikrosfera silika yang amat kecil agar dapat menerap dan mengekalkan warna pada permukaan bibir. Ujian pengguna telah mengesahkan bahawa warna gincu ini tahan lama serta tidak tanggal warna, dan tidak mengeringkan bibir.
Kesan Fokus Lembut – Pemencar optikal mengaburkan cahaya untuk mencipta tampilan yang lembut serta kesan fokus lembut pada bibir, mengurangkan tampilan kedutan pada bibir. Peningkatan optikal ini juga menggelakkan pengolesan yang comot dan meleleh.
Melembapkan bibir – Kawasan bibir yang halus ini cenderung kehilangan kelembapan. Itulah sebab Mary Kay® Gel Semi-Matte Lipstick mengandungi bahan-bahan seperti minyak bunga matahari dan ester jojoba untuk melembapkan bibir. *
0 komentar:
Post a Comment