Kata semangat


Doa yang baik2

Perjalanan Career Mary Kay

💖Naik Pangkat dengan Career Mary Kay💖



Assalamualaikum...

Hari ni santai2 je nak share dengan uoll. Asyik cerita pasal produk pasal skin je kan. Jadi hari ni ieja nak share perjalanan business ieja dalam mary kay.

Dalam kekalutan orang kena buang kerja, hilang business, business merundum Alhamdulillah dalam masa sekarang ni ieja telah dapat maju setapak lagi calam career mary kay. Mula2 cite dengan kawan
lk
"Aku dapat naik pangkat".

Kawan pun pelik,

"ni tengah PKP tengah musim corona ni orang banyak hilang keje ko naik pangkat pulak".

Baru macam eh...haahlah....musim ekonomi merundum ni tapi dalam mary kay masih boleh mencari rezeki lagi. Masih ada orang mencari skincare lagi. Ye memang ada yang terkesan dengan ekonomi, tapi masih ada yang berkemampuan. Tak semua orang terkesan dengan ekonomi. Ada juga business2 yang meletop2 meningkatnya di musim ekonomi merundum ni

Alhamdulillah sejak bulan 3 perjalanan dalam career mary kay semakin smooth. Rezeki ieja dapat bantu kawan2 yang lain untuk dapatkan skin yang sihat makin bertambah. Di musim startnya corona virus ni ramai yang mengambil peluang untuk pulihkan skin yang dah lama terbiar dan mengambil peluang untuk merawat skin yang tak sihat.

Career mary kay


Dalam mary kay, kita ada juga tangga kejayaan. Tangga kejayaan ni bukanlah untuk mengejar pangkat dan menjadi bos sebenarnya untuk kita mengarah atau goyang kaki untuk dapat duit dari orang lain. Tapi ia lebih pada membantu beauty consultant dan memberi semangat pada semua beauty consultant untuk ada hala tuju dalam business mary kay. Sebab tu mary kay bukan sahaja business untuk mendapatkan duit sahaja. Tapi lebih pada mencipta career yang kita usahakan sendiri.

Bila kita sudah move up career ini bermakna kita perlu bantu orang yang kita bawa dalam dunia mary kay pula untuk ubah hidup mereka, untuk ubah penampilan mereka supaya mejadi lebih baik. Perlu menjadi leader yang lebih baik untuk membimbing mereka. Bukan sahaja perlu memikirkan sale atau keuntungan kita sendiri.

Dalam bulan march 2020, ieja dah move up career dari team leader ke Future Indeendent Sale Director (FISD). Ini bermakna ada 1 tapak lagi untuk melangkah ke  Sale Director.

APA YANG BEST JADI SALE DIRECTOR

Yang ni adalah salah satu matlamat menjadi seorang Beauty Consultant. Sebab bila jadi sale director, kedudukan kita dah agak stabil dalam mary kay. Kalau dah bersungguh2 buat mary kay pastilah kedudukan kewangan yang kita nak kukuhkan.  Tapi kalau kita tak berkerja mengharapkan orang bawah kita sahaja yang berkerja dah pasti tak kemana pun sebagai SD. Sebab tu bila dah jadi SD tanggungjawap kita dah semakin besar kerana team kita dah makin ramai dan perlu bantu ramai lagi

Bila dah jadi sale director suit corporate kita pun berubah. Ni yang best bagi ieja. Nampak profesional dan berkeyakinan bila pakai tu. Dulu keje pun tak dapat pakai suit corporate. Budak belakang tabir je. Selalu blouse jeans, sandal je. Nak pakai kasut tinggi pun malu-malu je dulu. Sekarang ni nak bergaya dengan heels pun dah tak malu.

Apa kelebihan Naik tangga kejayaan dalam career mary kay

Setiap orang mesti ada yang dia inspired jika naik tangga kejayaan dengan mary kay. Inspired setiap orang tu mungkin berbeza. Bagi ieja antara yang best dalam meiti kejayaan dengan mary kay ni ialah

1. Suit corporate akan berubah. Dari hitam ke merah, dari merah ke maroon. Yang ni akan menjadi guideline kejayaan kita sampai ke tahap mana. Kepuasan kita sendiri mencapai sesuatu tahap dalam perjalanan career kita. Jadi macam ieja bukanlah suka sebab nak tunjuk dengan orang riak kita dah sampai sesuatu tahap tu. Tapi lebih mengukur diri sendiri untuk sampai ke tahap mana. Challenge diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

2. Tangga gaji atau commission akan bertambah - Of couse ieja buat business nak xtra income. Dan BIG WHY ieja ialah nak money freedom. Jadi dengan tangga kejayaan ni mejadi garis panduan untuk ieja capai impian ieja. Setiap business yang kita buat tu mesti ada matlamat. Takkan nak berada di takuk yang lama selamanya. Dengan tangga kejayaan akan guide ieja untuk capai dan terus berusaha untuk naik dan terus naik dalam career mary kay ieja.

3. Bila dah ada matlamat setiap bulan untuk kekalkan prestasi, banyak sangat bonus yang kita boleh dapat. Banyak sangat hadiah yang kita boleh perolehi. Siapa tak suka hadiahkan. Setiap bulan memang akan ada challenge yang best2. Dari amount kecik hinggalah ke amoun besar. Jadi secara automatiknya bila kita follow apa yang kita buat, dari hadiah kecik sampailah hadiah besar kita akan perolehi. Kadang2 company bagi hadiah bag, kadang2 skincare, kadang2 make up. Tu yang best....Bukan senang orang nak bagi hadiah setiap bulan. Suami sendiri pun susah nak bagi hadiah setiap bulan.

Memang ieja ada impian yang besar dalam mary kay. Tapi setiap perjalanan orang tak sama. Ada yang cepat ada yang lambat..yang penting kita tak putus asa berusaha..

Doakan ieja terus success dalam mary kay dan dapat bantu orang lain untuk dapat skin yang lebih sihat dan bantu mereka untuk generate income.

Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK

Kuih ketayap sedap


 Resepi dari : http://hanizahomerecipes.blogspot.com/2016/05/kuih-ketayap-sedap-dan-lembut.html

Inti Kelapa Gula Merah

Bahan-bahannya

  • 1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
  • 1 cawan gula merah atau gula melaka
  • 2 sudu besar gula putih (boleh lebih kalau nak manis)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit air untuk melarutkan gula

Cara-caranya

  1. Gaulkan semua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
  2. Kacau inti hingga merengas dan separa kering.
  3. Angkat dan ketepikan

Untuk kulit Kuih Ketayap

Bahan-bahannya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan air daun pandan
  • 2 sudu kecil pewarna dan perasa (emulco) pandan jenama Nona atau pewarna hikau  (jika perlu untuk colour)
  • 1 cawan susu atau santan
  • 1 sudu kecil garam

Cara-caranya

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.  Kacau atau whisk hingga sebati dan tapis (atau boleh juga diblend semuanya dan ditapis).
  2. Panaskan kuali leper non-stick pan dan sapu rata dengan sedikit minyak masak/marjerin
  3. Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang2kan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis
  4. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  5. Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-tengahnya.  Lipat bahagian kiri dan kanan.
  6. Gulung kemas-kemas.
  7. Buat hingga habis.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Kenapa Business Mary Kay Best

Kenapa Pilih Business Mary Kay

Business Mary Kay
Setiap orang pasti ada reason tersendiri kenapa memilih untuk mencari side income. Sama juga dengan ieja. Ada BIG WHY ieja suka buat business. Yang pasti ialah berbusiness mestilah sebab kita nak duit kan.

Ieja suka tengok bila ada orang2 yang posting bila buat business dapat hulurkan lebih pada mak ayah.  Kadang2 tengok orang sekeliling yang dapat memberi lebih pada keluarga mereka pun  rasa cemburu. Tak salah kan cemburu untuk benda yang baik. Tapi jangan cemburu dan berprasangka buruk. Teringin nak jadi macam mereka2 ni

Kalau lelaki tu mungkin biasalah kan. Sebab selalunya mereka berkerja dan tanggungjawap anak lelaki selain pada keluarga sendiri, mak ayah juga adalah tanggungjawap mereka.

Bila ieja ber business mary kay. Ieja selalu tengok wanita2 yang dah berjaya dapat memberi lebih pada parentsnye.  Wanita ni lebih rapat dengan parents. Especially mak. Jadi bila bercerita tu mak teringin nak beli periuk itu ini, teringin nak pergi sana sini, teringin nak makan itu ini, mesti seronok kita dapat realisasikan.

Business mary kay pun mengajar ieja untuk kita lebih banyak memberi. Especially pada keluarga. Dalam agama juga kita pun digalakkan memberi lebih pada keluarga. Dan jika ada lebih bolehlah disharekan bersama insan2 yang memerlukan

Dengan business mary kay juga, ieja mampu memberi pada parents ieja. Walaupun tak lah semeriah orang2 hebat di sekelililing. Tapi bila memberi dengan titik peluh kita rasa seronok sangat. Memang berimpian nak menggandakan pemberian kepada orang tua ieja.

Business mary kay ni juga banyak bantu wanita yang susah di luar sana menjadi seorang yang hebat dan mendapat kebebasan kewangan.

Uoll bila lagi, ieja dah rasa memberi pada parents menggunakan duit titik peluh ieja sendiri. Jangan lama2 sangat nak ambil keputusan uoll

Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah

Tips Penjagaan Muka Untuk Dapatkan Skin Yang Sihat

Tips Penjagaan Muka Untuk Nampak Flawless



Tips Penjagaan Muka Yang Wajib 



Haaa, ni antara soalan2 yg sering sy dpt semasa adakan skincare class. Apa basic penjagaan wajah yg perlu ade ye?

Ada 5 tips penjagaan muka yg anda perlu ada:

1. Cleanser (pembersih) - membersih permukaan kulit dr segala kekotoran yg terhasil drpd sisa mekap, udara kotor, minyak berlebihan, peluh dan sebagainya.
tips penjagaan muka


2. Mask atau scrub - bertindak menyingkirkan kulit mati yg terhasil di permukaan kulit. Jika tidak disingkirkan, segala rutin yg dipakai tidak dpt menyerap masuk ke dasar kulit dan kulit jd kusam serta pori makin jelas kelihatan kerana tidak dibersihkan.
tips penjagaan muka


3. Toner - sebagai langkah membersih kedua selepas cleanser. Juga bertindak menganjalkan bahagian muka yg berpori supaya tidak jelas kelihatan.
tips penjagaan kulit


4. Moisturiser (pelembap) - kulit yg tidak lembap ibarat tanaman yg tidak disirami air. Kering kontang. Apabila kulit kering, garis halus penuaan cepat terhasil. Pelembap juga bertindak membantu penyerapan tinggi segala rutin yg dipakai sebelumnya.

tips penjagaan kulit


5. SPF (pelindung matahari) - antara tips penjagaan muka yg ramai tidak ambil peduli. Kulit mudah burn, tona kulit tidak sekata dan pertumbuhan jeragat antara sebab kenapa kulit kita perlukan SPF. Walaupun anda tidak terdedah direct dgn matahari, cahaya lampu di rumah dan pejabat juga menyumbang kpd keperluaan penggunaan SPF.
tips penjagaan kulit


Pesan saya, amalkan tips penjagaan muka ini dan jagalah kulit anda sebaiknya sebagaimana kita memelihara kurniaan tuhan yg lain.

Perlukan konsultasi kesihatan dan tips penjagan muka  percuma, anda sedang membaca posting konsultan yg betul. bolehlah menghubungi nombor di bawah 

Ieja
Mary Kay Malaysia



Bedak Compact Mary Kay

Mana Satu Pilihan Bedak Compact Atau Bedak Tabur


Bedak compact atau bedak tabur sangat memainkan peranan penting dalam base untuk bermake up Kalau salah pilih muka kita akan nampak tak menarik atau tak naik seri. Silap2 nampak bercapuk atau kelabu asap. Sebab tu bagi sis pilihan bedak yang tepat boleh mebantu muka kita nampak lebih flawless dan natural beauty.


Bila buka je bag make up baru2 ni di kampung, macam2 soalan di ajukan oleh anak2 buah dan kakak. Mereka ni memng excited dengan bag make up ni. Anak buah ramai perempuan. Anak sendiri jer ramai lelaki. Banyak sangat jenis bedak katanya. Mana satu nak guna


                 "Nape bedak ko banyak sangat. Camne nak pakai?. Mana yang paling best"

Best sebenarnya bila nak share make up2 dengan orang sekeliling kita. Bukan kita sorang je nak nampak cantik, tapi bila orang sekeliling kita nampak cantik pun kita rasa happy.

Disebabkan ada yang tanya sis bab2 bedak ni. Jadi hari ni sis nak share jenis-jenis bedak yang ada. Uoll bolehlah pilih yang mana sesuai untuk uoll

Dalam mary kay terdapat 4 jenis bedak termasuk bedak compact.


  • Sheer Mineral Pressed Powder 

    • Bedak ni seakan bedak compact. Mineral based dan boleh disapu menggunakan sponge atau brush. kemasan matte dan mengawal minyak di muka sekurangnya selama 8 jam. Kulit kering pun boleh guna kerana ia tidak mnegeringkan kulit

  • Mineral powder foundation

 
    • Bedak mineral jenis serbuk atau lebih dikenali sebagai bedak tabur. Teksturnye ringan dan matte coverage. Fungsinya lebih untuk menutup cela2, garis halus dan kedutan. Ia amat mudah di blend pada kulit kita dan tidak bercapuk walaupun dipakai seharian. Yang bestnye juga ia full coverage tau.

  • Translucent Loose Powder


    • Yang ni bedak feveret sis. Jenis bedak tabur. Sesuai untuk semua tona kulit. Yang paling best ia membantu mengawal minyak sepanjang hari. Ia ada sheer effect tau. Nanti muka kita akan nampak lebih glowing gitu... Selalu sis akan sapu2kan sikit je. Memang tahan dah nak dekat setahun. 

  • Endless Performance Creme To Powder Foundation (CTP)


    • Yang ni ia berbentuk bedak compact. 2 in 1 sebab dah sekalikan bedak dan foundation. Yang ni feveret sis bila nak keluar dalam keadaan yang tak sempat. Sebab sapu je bedak ni complete dah dekat muka. Full coverage dan nampak glowing terus. Yang bestnye bedak compact ni dia oil control dan boleh tutup cela.
Bestkan bedak compact dan bedak tabur mary kay. Kita boleh sesuaikan ikut masa dan majlis ingin kita pergi. Yang lagi best semuanya menampakkan kulit muka kita lebih berseri dan flawless serta tidak merosakkan kulit muka kerana ia tidak mempunyai chemichal yang merosakkan kulit muka kita.Kalau uoll nak try  bolehlah whatsapp sis ye. Sis akan bantu uoll untuk dapatkan mana yang terbaik untuk uoll samada bedak compact atau tabur. Atau nak semua pun boleh. 

Sis sedia nak bantu uoll.

Love💓
Ieja
Mary Kay beauty consultant
0182294573



    Kebaikan Skincare Set Jeragat Mary Kay

    💖Lumivie Set Jeragat Mary Kay💖

    Jeragat ni muncul tanpa diundang dan kadang2 tak disedari. Sebab ia tak sakit dan kadang2 tak berapa nampak. Tapi kalau dibiarkan lama2 akan nampaklah petanya yang memang menyakitkan hati kalau tengok.

    Jeragat ni berbentuk tompok2 coklat. yang selalunya berada di hidung, pipi dan  dagu atau dahi. Dan ia boleh berada dimana2 sahaja termasuk badan yang terdedah kepada cahaya matahari. Sebab tu kita perlu set jeragat mary kay lumivie ni untuk mengatasi masalah jeragat

    Berdasarkan kenyataan di laman web American Academy of Dermatology Jeragat ni akan lebih mudah muncul pada wanita berbanding lelaki tau. 😲😲😲. Jaga -jaga kakak2 dan adik2. Wanita ni memang suka perlu di belai lebih dari lelaki. kalau tak dibelai nanti jangan cik abe lagi segak dari kita, kita ni macam mak lampir je....

    Punca Jeragat

    Secara ringkasnya ieja akan sharekan kenapa jeragat ni muncul

    🌺 Sinaran UV
    🌺 Menggunakan skincare dari bahan yang merbahaya
    🌺 Perubahan pada hormon
    🌺 Mengambil ubat-ubatan
    🌺 Sinaran dari gadget dan telefon

    Tak sangkakan dari sinaran telefon pun boleh dapat jeragat. Sebab tu sekarang ni masalah jeragat ni berluas-luasa. Sebab telefon dan wanita tak dapat dipisahkan. Kalau dibiarkan pasti akan melarat ke seluruh muka.

    Jeragat ni perlu di rawat dari dalam akar lagi. Sebab kalau kita tak rawat dari akar, hanya dipermukaan sahaja ia akan muncul semula. 

    Antara salah satu cara untuk merawat jeragat ialah dengan memberi kelembapan yang optimum kepada kulit dan menggunakan skincare yang membantu memudarkan jeragat dari akarnya seperti rangkaian penjagaan kulit Lumivie. Set jeragat mary kay lumivie ini sangat membantu untuk memudarkan jeragat, parut2 dan mencerahkan kulit.

    Antara yang ada dalam set lumivie ialah

    🌺Cleanser
    set jeragat mary kay

    🌺Moisturizer
    set jeragat mary kay

    🌺Essence
    set jeragat mary kay

    🌺Serum
    set jeragat mary kay

    🌺Mask
    set jeragat mary kay



    Dengan set jeragat mary kay lumivie ni sangat membantu untuk memudarkan jeragat. Selain memudarkan ia juga bantu untuk kulit kita kelihatan cerah

    Ieja pun memand setia menggunakan lumivie ni. Kulit muka nampak moist dan flawless je walaupun tidak menggunakan make up

    set jeragat mary kay
    Nilah dia bare face ieja. Masa tu nak keluar amik anak je. Jadi memang tak berapa rajin nak berbedak pun. jadi keluar lah dengan muka togel macam. Tengok muka sendiri pun best bila nampak macam glowing2 je.

    kalau uoll nak masih mencari2 set jeragat yang mana sesuai untuk uoll, boleh contact ieja ye

    Love💕
    Ieja MK
    Mary Kay Beauty Consultant
    www.wasap.my/60182294573

    FB: ieja faiezah
    Instagram: Ieja MK
    FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah




    Kelebihan Skincare Lumivie

    💖Skincare Untuk Kulit Kering Dan Kusam Lumivie Mary Kay💖


    Skin kita ada jenis yang berminyak, ada jenis yang kombinasi dan ada juga yang jenis kulit kering. Kebanyakan kulit muka kering ni akan mudah dapat masalah skin nampak tua sebab garis halus akan cepat terbentuk dan jeragat. Manakala mereka yang kulit jenis berminyak amat mudah untuk mendapat jerawat.

    Sebab tu dalam mary kay, terdapat pelbagai jenis skincare. Ada yang yang untuk kulit kering, kombinasi dan berminyak. Bila ada pengkhususan macam ni baru masalah juga dapat di atasi dengan segera.

    Hari ni ieja pun nak share dengan uoll skincare untuk kulit kering. Jadi nak tau tak kenapa kulit muka boleh jadi kering.

    Punca Kulit Kering


    🌺 Dehydration 

    Kunci untuk nampak kulit sihat dan cantik ialah kelembapan. Kalau muka uoll kurang kelembapan dan menjadi kering ini menyebabkan kulit akan nampak kering dan kusam. Sebab antara perkara penting dalam skincare ialah pelembap. Bila kita abaikan pelembap menyebabkan kulit kita akan menjadi kering dan kusam

    🌺 Terlebih Exfoliate

    Memang betul exfoliate ni penting untuk buang kulit mati. Tapi kalau kita buat setiap hari, bukan sahaja kulit yang mati, kulit yang sihat pun akan hilang sekali. Sebab tu kulit kita akan menjadi kering dan kusam. Nak kulit yang sihat biarlah kita tau cara yang betul untuk exfoliate kulit muka kita. Antara aktiviti exfoliate ialah dengna menggunakan scrub atau masker. Tapi kita tidak perlu buat setiap hari. Cukuplah sekadar 2 atau 3 kali seminggu. Supaya kita boleh mengekalkan kelembapan kulit muka kita.

    🌺 Kulit Kurang Nutrisi

    Nutrisi ni selalunya dari pemakanan dan skincare kita. Sebab tu skincare ni amat penting untuk membekalkan nutrisi kepada kulit muka kita. Selalunya kita ni suka mengabaikan penggunaan moisturizer. Sedangkan moisturizer ni yang akan lock hydration dan nutrisi pada kulit muka kita. 

    🌺 Sel kulit mati

    Tadi ieja ada cerita terlebih exfoliate pun tak boleh. Tapi kalau uoll tak buat langsung pun tak boleh juga sebab sel kulit mati akan berkumpul dan menyebabkan kulit muka uoll akan nampak kusam.

    🌺 Salah memilih skincare

    Tersalah memilih skincare juga boleh menyebabkan kulit muka kita akan menjadi kering. Pemakaian produk yang tinggi merkuri boleh menyebabkan kulit akan jadi nipis dan mengelupas dan breakout. 

    Dah tau punca kulit kering dan kusam jom kita kenali skincare untuk kulit kering dan kusam pulak. Dalam mary kay ada beberapa set regimen skincare yang untuk kulit kering. Antaranya ialah botanical effect, timewise 3D dan yang paling latest iaitu lumivie.

    Disebabkan ieja dah fall in love teruk dengan lumivie, ieja nak share dengan uoll kelebihan skincare untuk kulit kering lumivie ni.

    Kenapa Pilih Skincare Untuk Kulit kering Lumivie


    Kenapa ieja pilih skincare lumivie untuk mengatasi masalah kulit kering ieja?

    Nak tau?

    Meh ieja cerita.

    Of course semua orang nak kulit cerah, tona sekata dan tak kusam. Sebab nilah major problem ieja yang dulu. Lumivie adalah set penjagaan skincare yang pengkhususannya adalah memang untuk mencerahkan kulit.

    Jadi dah kena dengan jiwalah kan nak cerah dan tona sekata. Jadi disebabkan ieja ni keluar masuk rumah, umurpun dah meningkat, semakin lama kulit kita ada perubahan selari dengan aktiviti, hormon dan umur. Kulit pun menjadi semakin kering.

    kadang2 kalau 2 3 hari macam terculas pakai moisturizer kulit akan rasa jadi macam kering, gatal2. Ingatnya kawan2 pakai skincare moisturizer pelembap tu bukan seminggu sekali atau 2 3 kali. Kena konsisten. baru dapat kulit yang betul2 lembap. Ada juga kata 3 hari lepas saya dah pakai pelembap tapi kulit masih kering. Berkesan pada hari yang digunakanlah sayang.... Samalah macam kita minum air. Kita minum air bukan untuk kesihatan satu hari je. Tapi perlu konsisten every day baru dapat kesannya yang maksimum.

    Apa yang best dengan skincare untuk kulit kering lumivie ni, ia bukan mencerahkan sahaja kulit kita, tapi memberi kelembapan yang maksimum. Bila pakai tu rasa macam moist sangat kulit. Dan bila bangun pagi, ala2 flawless je tanpa make up.

    Lumivie ni dah di upgradekan dari set mencerah dan juga memberi kelembapan yang optimum. Kebanyakan skincare untuk mencerahkan melalui fasa pengelupasan dan kadang2 membuatkan kulit kita menjadi kering. Tapi dengan lumivie mary kay ni bukan sahaja untuk mencerah tapi jika uoll yang mempunyai masalah kulit kering pun digalakkan menggunakan set lumivie ni kerana ia membantu memberi kelembapan.

    Jadi kelebihan dengan skincare lumivie ni bukan sahaja mencerahkan malahan ia membantu untuk kulit kita menjadi lebih lembap dan kulit muka kita akan nampak lebih fresh.

    Jom kita kenali bahan2 dalam lumivie set mary kay ni

    Kandungan Utama Lumivie

    🌺 Binchotan Charcoal : Hebat dalam proses melembap dan menghidratkan kulit
    🌺 Black Pearl : Membantu meningkatkan daya tahan kulit serta menguatkan.
    🌺 Opti- Bright Complex : Hebat dalam menentang masalah kulit kusam dan tona sekata
    🌺 Samphire : Berfungsi menyimpan dan memegang kandungan air dalam lapisan kulit

    Ha...bestkan sambil mencerah, menyekatakan tona kulit, mengatasi masalah kekusaman ia membantu untuk memberi kelembapan agar kulit kita akan lebih nampak berseri lagi.

    Uoll belum ada beauty consultant yang boleh  bantu uoll nak pilih skincare. Meh wasap ieja. Ieja akan bantu uoll untuk dapatkan konsultasi ikhlas dari hati untuk bantu uoll.

    Love💕
    Ieja MK
    Mary Kay Beauty Consultant
    www.wasap.my/60182294573

    FB: ieja faiezah
    Instagram: Ieja MK
    FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah

    Promo May Mary Kay 2020

    Promo Mary Kay 2020



















    Powered by Blogger.

    Popular Posts