Asas Skincare Yang Bagus

๐Ÿ’–Skincare Yang Bagus๐Ÿ’–

skincare yang bagus


Hi uolss,

Ada masalah ke nak cari skincare yang bagus untuk kulit sendiri. Beli-beli tak serasi. Beli-beli tak serasi. Kadang-kadang rasa macam skincare tu tak memberi kesan pun pada kulit kita. Tak berubah pun.

Selalunya yang jadi masalah macam ni ialah mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi atau kering. Sebab golongan-golongan ni selalunya jarang ada masalah jerawat yang kronik kecuali kulit mereka breakout sebab tersalah pakai produk atau faktor2 lain. Selalunya mereka ni akan menghadapi masalah kulit kering, kusam, jeragat, tona tak sekata dan masalah penuaan. Ieja pun tergolong dalam golongan ni. Kadang-kadang ada yang kata kulit ieja tak de masalah. Tak de jerawat yang kronik. Tapi mereka2 ni tak tahu betapa sedihnya bila ada orang tegur nape pakai bedak bercapuk?, baru balik dari pulau ke?.  Kadang2 tetiba je ada nampak jeragat seketul 2 tumbuh tanpa sedar. Sebab jeragat ni akan datang senyap2 tak macam jerawat. Sentap rasanya๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข.

Berbeza bagi mereka yang  mempunyai jerawat yang senang nak diukur kesan sesuatu skincare tu. Kecut jerawat bermaksudnya masalahnya selesai. Tapi tu juga bergantung pada  pemilihan yang betul atau tak. Kalau salah percaturan jerawat tu mungkin hilang sekejap dan lepas tu akan mula merebak semula. Selalunya kalau masalah ni akan berlaku pada mereka yang suka nak rawat segera dan nak nampak kesan secepat yang mungkin dan tersalah menggunakan produk yang tinggi chemichal atau peeling.

Nak tau apa tu peeling produk boleh tengok dekat link ni


Selalunya kalau kita nak cari skincare yang bagus mesti kita fikir yang untuk mencerah, yang untuk anti aging atau nak hilangkan jerawat. Yes memang betul nak cari skincare cari yang yang kita nak selesaikan masalah kulit muka. Tapi ada faktor-faktor lain juga yang perlu kita titiberatkan. Untuk mendapatkan skincare yang bagus untuk kulit muka kita ada beberapa perkara yang perlu kita fokuskan dulu.

Meh ieja share tipsnya

๐ŸŒบFokus pada masalah kulit

Yang ni selalu jadi masalah pada ieja dulu2. Dulu pegi beli skincare fikir nak cerah je nak flawless. Dalam erti kata lain fokus nak cantikkan kulit bukan selesaikan masalah kulit. Patutnya kita perlu selesaikan masalah kulit baru perjalanan untuk ke kulit yang cantik dan sihat akan berjaya. Bila kulit sihat barulah kulit muka akan nampak cerah dan flawless. Sebab tu kadang2 tepek dah krim pencerah tapi tak putih2 tak flawless2.

๐ŸŒบKenali Jenis Kulit

Dulu beli skincare main redah je beli. Tak de pun nak pilih yang jenis berminyak ke kombinasi ke kering. Memang jarang2 ambil tahu waktu beli skincare. Lagipun kebanyakan skincare dekat market pun akan jual yang untuk mencerah, untuk anti aging dan kebanyakannya pukul samarata untuk jenis kulit berminyak, kering dan kombinasi. skincare yang bagus sebenarnya adalah yang menyelesaikan masalah kulit kita mengikut jenis kulit. Bila masalah jenis kulit ini dapat diselesaikan barulah kulit kita akan akan lebih sihat dan berseri. Jerawat, jeragat, kusam dan semua masalah kulit boleh diselesaikan. Keperluan kulit dan rawatan setiap jenis kulit adalah berbeza.

skincare yang bagus

๐ŸŒบPastikan Keperluan Kulit

Yang ni selalu menjadi masalah bila kita nak beli skincare yang bagus untuk kulit muka kita. Kita sendiri tidak pasti keperluan kulit kita sesuai atau tak dengan skincare tu. Contohnya ialah kita ingin menyelesaikan masalah jeragat. Tapi kita hanya membeli skincare untuk mencerah sahaja tanpa memikirkan skincare tu ada fungsi melembap tak, ada spf protection atau tak. Sedangkan jeragat ni selalunya disebabkan kulit kekeringan dan antara puncanya kita tidak menggunakan sunscreen  untuk menghalang sinaran UV terus masuk ke kulit kita. Sebab tu kita perlu kenal pasti apa keperluan kulit kita supaya masalah kulit muka akan dapat diselesaikan.

๐ŸŒบBeli ikut keperluan

Kadang-kadang kita ni beli mengikut trend dan bukan ikut keperluan kulit. Sebab tu bila guna tak dapat kesan yang optimum. Ada satu masa trend menggunakan serum. waktu ni memang ramai yang mencari serum. Sebab katanya serum ni 10 kali lebih berkesan dari pelembap. Yes memang betul. Tapi malangnya basic skincare yang digunakan tak lengkap. Sebab tu serum yang di beli tu tak berkerja dengan baik di muka kita. Beli serum tapi tak cuci muka. terus je pakai serum. Agak2 sebelum serum tu nak meresap ke kulit kita tu banyak halangan tak dengan habuk2 dan liang pori tu tersumbat. Sebab tu penting kita tahu keperluan skincare kulit kita. Tapi kena ingat tak semua serum sesuai dengan semua kulit. Silap2 ia akan menyuburkan lagi jerawat di kulit muka kita.

Antara skincare yang perlu ada ialah macam gamba kakak di bawah ni. Baru kita boleh dapat kesan yang paling optimum
skincare yang bagus

๐ŸŒบBuat research produk

Ni pun satu masalah bila nak cari skincare yang bagus. Tengok orang kulit cantik pakai sesuatu produk tu terus terpengaruh. Apa yang ada dalam kandungan tu pun tak ambil kisah. Asalkan kulit cantik. Sebab tu ramai yang terjerat dengan produk peeling atau merbahaya untuk kulit. Mula2 pakai cantik dah lama2 pakai macam2 masalah yang muncul jerawatlah, mengelupaslah dan macam2 lagilah.

 Nak tau kenapa uoll perlu memilih mary kay sebagai pilihan uoll

skincare yang bagus
perlu mencari skincare yang berkualiti dan selamat


๐ŸŒบKerap Bertukar Produk

Kerap bertukar produk juga boleh menyebabkan skincare yang bagus pun tak berkesan. Baru guna seminggu 2 kata dah tak berkesan. Lepas tu kadang2 pakai tak konsisten dan culas2. Lepas tu tukar lagi. Macammana nak berkesan kalau macam tu. Lagipun bila kita selalu sangat bertukar skincare akan menyebabkan PH kulit kita tak stabil dan pelbagai masalah kulit tidak dapt diselesaikan.

Skincare yang bagus akan berkesan jika kita memilih yang sesuai mengikut keperluan kulit kita. Pilih skincare yang menyelesaikan masalah kulit bukan mengikut nafsu untuk cantik. Jangan terpedaya dengan iklan2 yang instant cantik. Sebagusnya pilihlah organik skincare dan bukan tinggi chemichalnya.

Sebab tu dalam mary kay kita ada beauty consultant. Beauty consultant selalunya akan buat analisa kulit muka dahulu dan kemudiannya baru cadangkan produk yang sesuai. Produk skincare dalam mary kay juga ada pelbagai jenis dan menyelesaikan pelbagai jenis masalah kulit muka. Kalau nak tengok jenis2 skincare boleh cek kat link bawah ni


Jika uoll berminat nak tau lebih detail mengenai mary kay. Boleh contact ieja. Ieja akan bantu uoll untuk dapatkan skincare yang sesuai dengan kulit uoll

Love๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant

FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK

Mary Kay Best

 Apa Yang Best Mary Kay
Mary kay

Setiap orang sudah pasti ada produk kesayangannya. Begitu juga dengan saya. Sudah pasti kalau produk kesayangan tu adalah produk yang memberi yang positif terhadap diri saya. Sejak permulaan menggunakan Mary Kay saya telah jatuh cinta dengan rangkaian produknya.

Saya memulakan produk Mary Kay dengan skin care. Pada asalnya saya berminat untuk menggunakan produknya skin care sahaja. Sebab saya mempunyai masalah dengan penggunaan skin care di pasaran. Kebanyakannya tidak sesuai dengan kulit muka saya. 

Bermulanya dengan skin care saya telah didedahkan dengan barang make up Mary Kay. Tak sangka rupanya Mary Kay mempunyai rangkaian produk kosmetik yang sangat complete. Dari bibir, mata, brush, blusher, supplement untuk make up dan pelbagai lagi.

Setelah jatuh cinta dengan produk make upnye saya telah mula berjinak-jinak dengan losyen tangannya. Tambahan pula masa tu kulit saya amat sensetif pada cahaya matahari. Cepat kering dan gatal-gatal. Rangkaian produk penjagaan tangannya mempunyai softner, scrub dan losyen. Memang best sangat. Sejak gunakan set losyen tangannya masalah gatal-gatal di tangan dapat dikurangkan. 

Selain itu Mary Kay juga mempunya rangkaian mandiannya. Boleh dikatakan penjagaan yang disediakan sangat lengkap dan sangat berkualiti.


Bagi saya produk Mary Kay sangat best. Tak perlu lagi mencari produk lain untuk set penjagaan diri. Dari make up losyen skincare dan pelbagai lagi. 


Saya amat berpuas hati dengan rangkaian produk mary kay. Selain ianya amat lengkap, ia juga sangat berkualiti dan sesuai dengan keprluan diri saya. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk mary kay, anda bolehlah berhubung seperti no di bawah. Saya akan bantu untuk dapatkan produk yang sesuai untuk diri anda.





https://www.facebook.com/ieja.faiezah.12

Timewise 3D Skincare May Kay

๐Ÿ’–KEBAIKAN 3D SKINCARE MARY KAY๐Ÿ’–


Selalu bila umur dah meningkat ke umur 30 an kita akan mengalami masalah mencari skincare. Sebab selalunya waktu ni adalah waktu dimana kita wajib menukar skincare dari skincare remaja ke skincare yang mempunyai anti aging untuk mengurangkan tanda2 penuaan .

Nilah yang tejadi dengan ieja di awal 30 an sampailah pertengahan 30 an mencari2 skincare yang sesuai bila perasan skincare yang digunakan dah tak berkesan. Tapi sebenarnya proses pencarian tak tahu nak pilih yang macammana, apa yang sesuai sebab tak de yang guide.

Jadi ieja harap uoll tak jadilah macam tu. Kalau ada pun cepat2 sedar yang skincare perlu di upgrade tau.

Jadi bagi mereka di awal 30 an atau pun dah memasuki umur 25 bolehlah upgrade skincare uoll pada timewise 3D yang mempunyai anti aging atau anti penuaan. Anti penuaan ni berfungsi untuk mengurangkan kedut dan garis-garis halus dimuka supaya wajah kita nampak muda dari usia.

ANTARA KELEBIHAN TIMEWISE 3D



Defends (Pertahanan)


๐Ÿ’–Menyediakan pelbagai manfaat antioksidan untuk menentang radikal bebas yg mempercepatkan penuaan pada kulit.

Delays (Melambatkan)

๐Ÿ’–Melambatkan proses penuaan kulit prematang dgn perlindungan UVA/UVB spectrum luas & teknologi eksklusif.

Delivers (Menyampaikan)

๐Ÿ’–Memberikan peningkatan untuk menangani tanda2 penuaan kulit yg ketara dlm 4 minggu.

Best kan timewise 3D ni, Dia dapat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan di muka kita dan dalam masa yang sama bantu untuk mencerahkan skin. Yang lagi best day creamnya mempunyai perlindungan UVA/UVB. Krim siang dan krim malamnya dilengkapi dengan pelembap sekali. 

Kalau uoll berminat boleh contact ieja ye. Ieja bantu uoll untuk dapatkan skin yang sihat.

Love๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK



Testimoni Masalah Kulit Kering

Cara Atasi Masalah Kulit Kering Di Muka Dengan Mary Kay

Ada jekan ieja ni nak cerita pasal mary kay๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†, Mestilahkan. Bila dapat bantu kawan dan orang sekeliling kita mesti kita happy. Nak pulak mereka ni memang perlukan bantuan. Apa salah kalau kita share apa yang boleh bantu supaya mereka disekeliling kita ni dapat kulit yang cantik dengan cara yang sihat.

Sebabkan ieja baru je lepas tolong kawan ieja menyelesaikan masalah kulit kering di muka. Ieja nak share dengan uoll cara penyelesaiannya yang ieja boleh bantu dengan menggunakan mary kay produk yang selamat dan berkesan ni.

Masalah kulit kering  di muka ni di alami oleh kawan ieja yang mempunyai masalah eczema. Eczema ni kan macam2 puncanya dan mereka-mereka ni sedikit allergic dan tak boleh menggunakan sebarangan produk. Selain tu mereka2 ni memang kalau kena masalah kulit memang akan kena alah yang teruk. Jadi memang tahap dewa sikitlah cerewet pemilihan produk.

Jadi kali ni dia mengalami masalah kulit muka yang agak kritikal. Muka kering jenis sampai macam nak bersisik. Bawah mata jadi bengkak dan kalau terasa kering sangat sampai rasa macam gatal2. Katanya kadang2 geram rasa nak garu ada rasa sampai nak berdarah.

Jadi ieja cadangkan dia menggunakan produk mary kay yang khas untuk kulit kering dan memberi kelembapan lebih lama. Alhamdulillah, kulitnya kurang rasa kering dan berkesan pada kulitnya.

Antara produk mary kay yang ieja cadangkan untuk mengatasi masalah kulit kering di muka dia ialah

1. Gel mask

testimoni masaah kuit kering di muka

 2. Intense Moisturizing Cream

testimoni masalah kulit kering di muka

2 ni adalah permulaan untuk tengok keserasian produk mary kay dengan kulit mukanya. Ahamdulillah kedua2 item ni tak memberi tindak balas yang negatif pada kulitnya. Malahan ia merasa serasi dan berkurangan kekeringan dimukanya.

Selepas beberapa minggu dan kulit semakin sihat kawan ni terus grab set timewise 3D mary kay formula untuk kulit kering

Pada permulaan sahaja katanya rasa macam tak selesa. Mungkin sebab baru permulaan. Jadi baru nak serasi. Tapi Alhamdulillah lepas percubaan kali kedua set masalah kulit kering di muka ni serasi dengan dia.
testimoni masalah kulit kering di muka




Alhamdulillah kulit kawan ni semakin sihat. Masalah kulit kering di muka dapat di selesaikan dengan piihan skincare yang tepat dari mary kay.

Sebab tu kalau uol pun nak dapatkan kulit yang sihat dengan menggunakan produk mary kay, perlu ada beauty consultant yang bantu untuk pilihkan skincare yang mana sesuai. Kalau tak de lagi ieja sudi untuk bantu uoll dapatkan set skincare yang mana sesuai dengan kulit muka uoll.

Love๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant

Instagram: Ieja MK



Anti Aging Skincare

Tips Memilih Anti Aging Skincare

tips memilih skincae

kadang-kadang kita confuse skincare mana yang perlu digunakan dahulu samada untuk anti aging bagi yang dah berumur dan dalam masa yang sama nak mencerah.

Samalah dengan apa yang ieja lalui sebelum ni. Kadang2 confuse nak ada anti penuaan tapi nak cerah jugak. Wanita kalau boleh nak perfectkan. 

 Tapi bila ieja dah melalui kelas, belajar dari mentor,melalui pengalaman handle customer. Baru kita tau mana yang paling utama.

Bila dah berumur selalunya masalahnya ialah kulit berkedut dan kadang2 berjeragat. Bila kita dah betul2 tau masalah kulit kita baru kita boleh decide yang mana sesuai dengan skin kita, yang mana satu keutamannya.

Langkah pertama yang perlu kita buat untuk memilih skincare yang ada anti aging atau Mencerah

Masalah Utama kulit yang perlu di atasi


Yang ni paling utama. Kenal pasti keadaan kita kulit dahulu. Samada ada masalah jerawat, kusam, jeragat, kering atau sebagainya. jadi bila kita ketahui jenis kuit kita barulah kita akan firm atau tegas dengan apa yang kita nak dan faham apa yang kulit kita perlu

Pilih ikut keperluan


Secara umunya keutamaan mengikut keperluan

1. Selesaikan masalah jerawat dahulu. Jika uoll ada masalah jerawat, perlulah ditreatment dengan treatment set mary kay

2. Bila jerawat dah tak de atau uoll ada masalah kedua yang perlu uoll titik beratkan ialah kulit kering. Ia perlu di atasi masalah kulit kering dahulu sebelum meneruskan untuk memilih anti aging. Kiranya kalau uoll nak guna set untuk anti aging perlu melepasi kedua-dua masalah ini. 

Ni kerana anti aging mempunyai ciri menegang untuk tegangkan kulit yang kendur. Jadi sebagusnya jika nak teruskan anti aging perlu lembabkan kulit dan tiada jerawat yang kronik. Kalau jerawat hormon 1 2 tu biasalah

Yang bestnye dalam mary kay ni set untuk mencerah lumivie boleh membantu memberi kelembapan. Jadi disamping untuk melembapkan kulit kita boleh mencerah, memudarkan jeragat, menghilangkan parut. Jadi pada uoll yang ada masalah kulit kekeringan dan jeragat boleh menggunakan set lumivie sebelum menggunakan set anti aging

Selain uoll perlu selesaikan masalah 2 jenis kulit muka ni, uoll kena pastikan skin uoll tak pernah guna produk pengelupasan atau peeling produk. Jika pernah gunakan pastikan skin uoll betul2 sihat atau perlu menggunakan set treatment sahaja dulu. Ini kerana bila pernah guna peeling produk, kulit muka kita akan menipis. Bila nipis dan menggunakan anti aging skincare ini boleh menyebabkan skin akan rasa sedikit tidak selesa kerana kulit yang nipis akan terasa pedih atau merah2 disebabkan tegang.

Itulah beberapa tips untuk mereka yang ingin memilih skincare anti aging. Jadi harap dapat membantu uoll untuk memilih skincare yang mana sesuai dengan skin uoll. Antara skincare untuk aging mary kay ialah timewise 3D dan timewise repair

Tips memilih skincare

Tips memilih skincare
Klau uoll berminat untuk dapatkan skincare boleh je wasap ieja. Ieja sentiasa nak bantu uoll untuk dapatkan skin yang sihatLove๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK






Hilangkan Blackhead dan Whitehead

๐Ÿ’–CARA HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD DENGAN MENGGUNAKAN SKINVIGORATE SONIC MARY KAY๐Ÿ’–

cara hilangkan blackhead dan whitehead


Selalu tak rasa macam sedih bila tengok dekat cermin blackhead whitehead banyak. Bila nak buang setakat sapu2 picit2 sikit gitu adalah keluar sikit. Banyak lagi yang tinggal. Tapi nak tekan-tekan betul sakit.

Ieja dulu pun jenis macam tu. Masalah besar betul blackhead dan whitehead ni. Macam-macam cara  hilangkan blackhead dan whitehead. Tapi kalau buat sendiri memang rasa tak sampai hati. Nak buat sendiri tekan kuat-kuat memang taklah. Sebab awak yang buat awak yang rasa sakit macam tak sanggup pulak.

Gigih jugaklah dulu steamkan muka bagi pori terbuka  nak hilangkan blackhead dan whitehead. Tapi ambil masa. Tapi masa tu daif lagi. dah buka pori tak reti nak tutup balik. Biarkan terbuka. Makanya blackhead dan whitehead menyinggah semula.

Antara cara hilangkan blackhead dan whitehead yang ieja buat ialah dengan pergi ke SPA. Pernah buat dekat SPA. Dan lepas tu merah-merah muka. Sampai hubb tegur kalau nak buat facial dekat SPA gini tak payah. Lepas je hilang merah2 parut tu blackhead tu muncul balik...Betul juga parut tu bukan boleh hilang 1 2 hari. Mananya tak bising muka dah macam kena dera dah. 

Tapi ada juga servis SPA yang buat ok tak merah. Tapi sanggup bayar atau taklah. Nak kena buat appointment lagi, nak pegi ke tempat diaorg. Kadang2 tak juga pergi.

Tapi akhirnya ieja jumpa solution yang jimat boleh bersihakan setiap hari dan tidak menyakitkan. Iaitu dengan face brush cleansing. Sebelum ni tak pernah terfikir nak guna face brush cleansing.

Ieja gunakan face brush  skinvigorate sonic mary kay. Sangat lembut tau. Untuk gunakan dekat muka kenalah pilih brush yang jenis lembut. Sebab nanti takut kulit muka terluka dan jadi lebih kasar. Kalau nak tau kelebihan skinvigorate sonic mary kay boleh klik link dibawah


Mula2 guna macam lembut berusnya terfikir jugak boleh bersih ker. Tapi memang kesannya lebih bersih gunakan skinvigorate sonic mary kay ni berbanding dengan gunakan tangan. Sama jugakan kalau kita guna berus gigi mesti cari yang lembut. Kalau guna yang kasar tu selalu sakit dan silap haribulan boleh luka dan berdarah. Kalau pakai berus gigi yang lembut lagi mudah nakbersihkan dekat kawasan2 yang sukar nak diberus dengan rasa tak sakit.

Tapi dengan cara hilangkan blackhead dan whitehead guna skinvigorate sonic mary kay sangat membantu ieja membersihkan blackhead dan whitehead secara konsisten tanpa menyakitkan. Blackhead dan whitehead ni kalau dibersihkan setiap hari memang ia berkurang. Berusnya yang halus mampu masuk kedalam liang pori untuk nyahkan blackhead dan whitehead tu. 

Kalau setiap hari dapat bersihakan blackhead dan whitehead serta kulit mati di muka ni kekusaman muka pun akan berkurang. Kusam ni sebenarnya sebab kita biarkan muka kita dipenuhi dengan sel kulit mati. Bayangkan sel kulit mati tu dan menebal sebab tu muka nampak kusam. Jangan ingat kulit yang cerah tak de masalah kusam . Kusam ni sebenarnya bukan muka kita nampak putih atau hitam. Tapi muka kita akan nampak berseri dan bersih.

Jimat dah duit untuk ke SPA. Dan kita tak perlu menyakitkan muka untuk buang blackhead dan whitehead ni. Best sangat tau sebab muka akan rasa bersih, licin dan tona pun nampak sekata.

Kalau uoll nak dapatkan skinvigorate sonic mary kay untuk menjadikan cara hilangkan blackhead dan whitehead boleh dapatkan dari mana2 beauty consultant mary kay. Sebab Mary kay ni memang tak jual kat kedai ke mall. Perlu dapatkan dari beauty consultant.

Jika uoll tak de lagi beauty consultant boleh contact ieja. Ieja akan dapatkan skinvigorate sonic mary kay untuk uoll. Nak dapat konsultasi percuma mengenai kulit pun boleh

Love๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant

Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK



Kebaikan Foundation Primer Mary Kay


Kebaikan dan kepentingan Foundation Primer?

Foundation primer
Foundation primer ni di sapu sebelum sebelum foundation.

Okey, ape yg best nyeee, Foundation primer ni menyerap minyak pada wajah supaya tidak berminyak, tp still melembabkan wajah. Primer jugak membantu membuatkan pori² kelihatan kecil dan membuat foundation nampak lebih kemas @ sempurna diwajah. . melembutkan kulit juga tau..

๐ŸŒธ MANFAAT FOUNDATION PRIMER ๐ŸŒธ

  1. primer dapat membuat foundation tetap bertahan dalam udara panas.
  2. primer membantu mencegah kulit agar tidak menyerap talc dan pigment dari foundation yg digunakan serta mencegah talc menyerap minyak dari kulit
  3. primer membantu mengurangkan garis halus dan kedutan, pori pada wajah.
  4. meresap cahaya dan membantu melicinkan kulit .
  5. membantu melembutkan kulit dan mengecilkan pori sblm pakai foundation
  6. mengandugi spf15 utk melindungi kulit dari uv selama 150minit

Mary kay foundation primer jugak mempunyai ramuan utama iaitu SILIKA dan DIMETHICONE. Ape bnde tu??? ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

SILIKA :- sejenis mineral berliang besar, ultra halus yg menyerap minyak serta bertindak sebagai peresep optik yg bantu melicinkan kulit. .

DIMETHICONE :- bahan yg ada dlm silika, memberi rasa lembut bak sutera serta bantu melindungi kulit dan menambah baik penampilan.



Bestkan foundation primer ni. Bukan sahaja untuk cantik, malahan boleh memelihara kulit muka kita. Kalau berminat bolehlah hubungi sis ye


Love๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah





Tutorial Translucent Loose Powder Mary Kay

๐Ÿ’–Tutorial Cara Guna Translucent Loose Powder Mary Kay๐Ÿ’–

Banyak2 bedak mary kay yang ni yang tak de warnanya. Yang sesuai dengan semua jenis kulit dan warna.

Pemilihan warna bedak cukup penting dalam pemakaian bedak. Sebab kalau slah pakai bedak nanti akan bercapuk atau kelabu. Tekstur bedak juga amat penting bagi ieja. Sebab kalau terlampau padat terasa macam liang pori kita seperti tak bernafas sebab terlampau padat.

Sebab tu ieja suka sangat dengan translucent loose powder mary kay ni. Dan kebanyakan yang menggunakannya pun sangat berpuas hati.

Kebaikan Translucent Loose Powder Mary Kay

๐Ÿ’– Ringan - Yang best guna translucent loose powder mary kay ni ia sangat ringan. Bila guna tu tak terasa macam pakai bedak. Dan ia tak membuatkan bedak tu bercapuk

๐Ÿ’ Tiada warna - Tak de masalah untuk memilih warna mana yang sesuai kerana translucent loose powder mary kay ni berwarna putih dan sesuai dengan semua jenis kulit

๐Ÿ’– Menyerap minyak - Pada mereka yang jenis muka berminyak memang sesuai sangat guna translucent loose powder ni.

๐Ÿ’– Effect glowing - Yang bestnye jugak translucent loose powder ni akan effect shimmer2 sikit. Nampak glowing2 je. Tapi bukan nampak berminyak tau.
๐Ÿ’– Setting powder
๐Ÿ’– Boleh buat baking powder

Jom Ieja tunjukkan cara untuk gunakan translucent loose powder may kay


Best sangat tau translucent loose powder. Uoll mesti ada 1

Love๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK



CC Cream Mary Kay

Kelebihan CC Cream Mary Kay Sekatakan Warna Kulit

cc cream mary kay


Ieja suka tengok orang make up simple2. Tapi dulu suka rasa macam rendah diri. Rasa pakai apa pun sama je tak cantik, bercapuk nampak kelabu. Walaupun simple2 je rasa semua tak kena.  Sebab rasa diri tak pandai nak make up. Tapi hakikatnya bukan tak pandai make up, tapi tak pandai memilih mana yang terbaik untuk muka kita.

Ieja dari dulu suka tengok orang yang muka nampak cantik je pakai bedak atau make up. Warna muka nampak sekata. Parut2 cela pun macam nampak tak nampak je. Tapi sebenarnya kalau pemilihan foundation atau cc cream yang betul pasti kita dapat hasil yang menggembirakan juga.

Tapi sejak jadi beauty consultant mary kay ni, foundation, cc cream, primer semua ada. Dan bijak sikit guna cc cream foundation semua sebab dah masuk kelas kan. Hasil pun sangat2 lah menerujakan.

Selalunya foundation ieja akan gunakan waktu formal atau betul2 ready nak make up. CC cream mary kay pulak ieja gunakan bila nak lebih simple dan santai2 je. Sebab cc cream ni lebih ringan dan mudah apply berbanding dengan foundation.

Cc cream ni mary kay ringan. Jadi ia lebih mudah untuk disapukan ke muka. Bila teksturnye lebih ringan dan mudah disapukan, ia akan mengurangkan masalah bercapuk dan lebih mudah diserap.


Nak tau kelebihan cc cream may kay: -


๐Ÿ’– Sesuai dengan semua jenis kulit
๐Ÿ’– Sesuai untuk kulit yang berjerawat dan sensetif
๐Ÿ’– Ringan dan mudah disapu kerana terus sekata
๐Ÿ’– Tidak menyumbatkan pori
๐Ÿ’– Mampu melawan garis halus dan tanda penuaan
๐Ÿ’– Memberi kelembapan pada kulit
๐Ÿ’– Mempunyai SPF 15 untuk melindungi sinaran UVAdan UVB
๐Ÿ’– Menutup cela, memelihara kulit jerawat dan menenangkan kulit bermasalah
๐Ÿ’– Menyekatakan tona kulit
๐Ÿ’– Mengurangkan kemerahan pada kulit
๐Ÿ’– Melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran
๐Ÿ’– CC cream membantu habuk terus masuk ke dalam pori kerana kotoran akan melekat di permukaan cc cream dan akan di remove semasa membersihkan muka
cc cream


Banyak kan kelebihan cc cream mary kay ni. Untuk uolls yang tak suka make up tebal2 tapi nak nampak wajah sekata, nampak flawless memang sesuai sangat guna cc cream mary kay ni.
cc cream


Nak removekannya pun senang. Sebab ia mudah ditanggalkan. Rugi tau kalau tak menjadikan ni salah satu koleksi uoll.

Nak tau lebih detail boleh contact ieja. Wasap je no di bawah.

Love๐Ÿ’•
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah




Powered by Blogger.

Popular Posts